Rahmat Harman RAHMAT STORY ™: October 2012

Monday, October 15, 2012

Mimpi


Mahu kongsi sedikit cerita tentang mimpi, sebab kadang² kita percaya sangat dengan apa yang kita mimpi kan. So, lepas baca cerita ni mesti dapat pengajaran lah sedikit tentang mimpi. Haha! Ingat mak kita pesan cuci kaki sebelum tidur. ๐Ÿ˜Œ


Kisah ni aku petik dari buku 'jenaka sufi', anak sedara aku punya. cerita
dia begini.. ceng, ceng, ceng. 

Di satu padang pasir yang kering kontang, terdapat tiga orang sahabat sedang
mengembara. setelah lama mengembara, bekalan makanan yang mike bawak pun ditahap kritikal sudah. Kira tahap kebuluran lah, yang tinggal kat mike cuma
sekeping roti dan seteguk air, cukup untuk seorang saja. 

So, mike bertiga berebut-rebutlah mahu makan. Pakat-pakat mengaku mike lah
yang paling layak makan. si A kata "aku yang patut makan pasal dia ada dalam
beg aku". yang B pulak kata " aku paling layak makan pasal aku ada gastrik,
nanti aku kena attack pulak". nasiblah si C ni bijak sikit, bodohnya banyak
juga. Maka dia pun mengeluarkan idea yang bernas ( bukan BERNAS yang jual
beras tu). kata si C ni, "kita tidur malam ni, siapa yang mimpi paling
menakjubkan sekali dia yang layak makan". 

Mike bertiga pun setujulah dengan idea tu, tidurlah mike semua malam tu
dalam kelaparan. nak dijadikan cerita, besok pagi mike bangun dan mulalah
cerita mimpi memasing dengan harapan dapat makan roti tu. dimulakanlah
dengan cerita si A...." aku bermimpi didatangi oleh seorang lelaki yang
membawa binatang peliharaan yang banyak. katanya ini semua adalah kurniaan
sultan padaku". kedua-dua temannya pun dengan serentak berkata " wow,
sungguh menakjubkan". 

Si B pulak sampai turn untuk cerita mimpi dia." aku pulak mimpi tiba di sebuah
ladang anggur yang sangat luas. penjaga ladang itu sungguh baik hati
membenarkan aku makan anggur tersebut sepuas-puasnya". si A dan Si C berkata
dengan nada hampir-hampir menjerit " wow, lagi menakjubkan". Dengan tiada kesabaran lagi, mike menyuruh si C cerita pulak mimpinya. kata
si C," mimpi teman tidak la menakjubkan sangat, gitu-gitu saja. tapi malam
semalam teman mimpi makan sekeping roti dan minum seteguk air. bila teman
terjaga, rupa - rupanya teman sudah makan roti ngan minum air tu.....mintak
maaf saja la yaa." hehehe

***Bengang betul kalau dapat sahabat begini. rasa nak tumbuk pun ada.kalau kamu pulak,
apa yang harus dilakukan dengan kawan yang begini? Hahaha..


Moral : Jangan percaya pada mimpi..


☺ Terima Kasih Sudi Baca, Like Kalau Suka ☺

 
Copyright © . All Right Reserved by Siti Shahifah